Categories
SELANGOR

Tabung khas bantu pembeli pangsapuri kos rendah lunas tunggakan rumah

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 3 DIS: Kerajaan Negeri akan mengadakan perbincangan lanjut bagi mewujudkan tabung khas dalam usaha membantu pembeli pangsapuri kos rendah melunaskan tunggakan ansuran pinjaman kepada bank.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Iskandar Abdul Samad berkata, usaha itu bukan dilaksanakan dalam bentuk bantuan kewangan, sebaliknya Kerajaan Negeri akan mengambil alih rumah itu sehingga pembeli mampu membayar ansuran kepada pihak bank.

“Inisiatif itu bukan diberikan sebagai bantuan kewangan supaya mereka dapat membayar pinjaman tetapi mungkin Kerajaan Negeri akan mengambil alih rumah berkenaan.

Pangsapuri Ceria 01“Kita akan sewa kepada pembeli yang terlibat. Jika mereka mampu beli dan bayar, kita akan pulangkan kepada mereka untuk membeli menggunakan pinjaman bank,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan mulut daripada Dr Halimah Ali (PAS-Selat Klang) ketika sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

Pada masa sama, Iskandar (PAS-Cempaka) berkata, beberapa langkah sudah diambil Kerajaan Negeri dengan ruang dan kuasa terhad bagi membantu Badan Pengurusan Bersama (JMB) di pangsapuri kos rendah melalui pelaksanaan beberapa program.

Antaranya melaksanakan program pendidikan dan memberdayakan penduduk kos rendah secara bersepadu melalui ‘Kempen Pangsapuri Kita Bersih, Ceria dan Harmoni’ selain memberi insentif serta galakan kepada komuniti kos rendah supaya bekerjasama mencegah jenayah melalui Skim Keselematan Kejiranan Pangsapuri Negeri Selangor (SEROJA)

iskandarSelain itu, Kerajaan Negeri turut melaksanakan program pemberian air percuma bagi pangsapuri kos rendah yang masih menggunakan meter air pukal melalui Skim Air Selangor.

“Kita juga memberi diskaun cukai pintu kepada penduduk pangsapuri kos rendah bertujuan mengurangkan beban penduduk dan memberi bantuan baik pulih kerosakan harta bersama melalui Skim Ceria.

“Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) turut membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi JMB melalui satu badan atau mesyuarat berhubung isu hartanah,” katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri juga mengambil insiatif melancarkan kursus pengurusan bangunan berstrata bertujuan mendidik dan memberi latihan kepada ahli jawatankuasa JMB serta Ahli Majlis, bermula 2 Mac lalu.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.