Categories
SELANGOR

Bantu bina semula PASTI pasca banjir demi kepentingan pelajar

Oleh: AFEEQA AFEERA

SIJANGKANG, 11 JAN : Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selangor perlu memiliki semangat kebersamaan untuk membangunkan semula Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang kebanyakannya musnah ekoran bencana banjir baru-baru ini.

Exco Hal Ehwal Agama, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata adalah penting bagi semua pihak terutama Adun PAS mengambil tanggungjawab terhadap pembangunan PASTI sebagai keperluan anak-anak di sana.

10931453_10200108873121500_7745487605682419786_n“Itu antara keperluan yang berlaku kerana saya lihat terdapat beberapa buah PASTI memang ditenggalami air dan ada yang tak dapat beroperasi atau berfungsi.

“Kita perlu bersama-sama mengambil inisiatif untuk pembangunan semula PASTI demi kepentingan anak-anak yang menerima pembelajaran di Pantai Timur,” katanya kepada Selangor Kini.

Terdahulu, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad mengambil PASTI Manik Urai di Kelantan yang musnah dalam banjir sebagai PASTI angkat dengan peruntukan awal sebanyak RM20,000.

Dianggarkan kos untuk membina semula PASTI yang musnah sepenuhnya itu adalah berjumlah RM40,000.
EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.