Categories
SELANGOR

Berikan masa kepimpinan baharu FAS bukti kemampuan

SHAH ALAM 27 JAN: Peminat bola sepak Selangor diminta memberikan masa kepada kepimpinan baharu FAS untuk membuktikan kemampuan memastikan kecemerlangan pasukan.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Mokhtar Ahmad berkata untuk mencapai kejayaan pastinya memerlukan masa dan bukan boleh dicipta dengan segera.

fas_logo“Berikan kepimpinan FAS buktikan kemampuan, perancangan telah diatur dan sedang dilaksanakan, mencapai kejayaan memerlukan masa.

“Kini dengan pembaharuan yang dibawa FAS termasuklah lapan muka baharu menganggotai exco pastinya akan ada perubahan,” katanya dipetik Sinar Harian.

Mokhtar turut menjelaskan, exco baharu FAS akan berdiri teguh di belakang Presiden iaitu, Mohamed Azmin Ali bagi memastikan kecemerlangan dan kejayaan pada masa akan datang.

“Kami percaya presiden sememangnya mengambil berat perkembangan bola sepak negeri dan percaya perancangan telah disusun dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.