Categories
SELANGOR

Peperiksaan SMA Selangor catat cemerlang 95.2%, SMATQ 100%

Oleh: LIZAWATI MADFA

KLANG, 27 JAN: Keputusan keseluruhan peperiksaan Sekolah Menengah Agama (SMA) negeri Selangor pada 2014 adalah cemerlang dengan 95.2 peratus iaitu peningkatan 2.8 peratus berbanding 2013.

Keputusan diumumkan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim di Dewan Maahad Integrasi Tahfiz Sains dalam majlis yang disempurnakan Exco Agama Islam, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi di sini.

SMATurut diumumkan ialah keputusan Sijil Menengah Agama Tahfiz Al Quran (SMATQ) yang kekal 100 peratus seperti tahun sebelum ini.

Untuk SMA, seramai 670 calon mendapat pangkat Mumtaz (Cemerlang), 1,032 calon mendapat pangkat Jayyid Jiddan (Sangat Baik), 758 calon (Jayyid-Baik), 623 calon (Maqbul-Lulus) sementara 231 calon (Rasib-Gagal).

Keputusan itu menunjukkan peningkatan prestasi calon untuk pangkat Mumtaz dengan 8 peratus dan pangkat Jayyid Jiddan dengan 4 peratus.

Bagi pencapai SMATQ pula, seramai 29 calon (Mumtaz), 84 calon (Jayyid Jiddan), 9 calon (Jayyid) dan 1 (Maqbul).

Bagaimanapun, keputusan tahun ini menyaksikan pangkat Mumtaz mencatatkan penurunan lebih 20 peratus sementara pangkat Jayyid penurunan 1 peratus.

Pangkat Jayyid Jiddan pula meningkat sehingga 22 peratus dan Maqbul pula meningkat 1 peratus.

Seramai 3,314 calon menduduki SMA bagi tahun 2014 berbanding 3, 160 calon pada 2013 iaitu peningkatan seramai 154 calon.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.