Categories
NASIONAL

Episod hujan monsun dijangka landa Malaysia 7 atau 8 Januari

SHAH ALAM, 4 JAN: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Ewon Ebin menggesa rakyat terus berwaspada ekoran episod hujan monsun yang akan melanda kawasan yang terdedah kepada risiko banjir, mulai 7 atau 8 Januari ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Ewon berkata,  kawasan perairan Pahang, Johor Timur, Sarawak, Sabah dan Labuan terdedah kepada angin kencang selaju 60 km/sj dan ombak tinggi setinggi 4.5 meter.

banjir“MetMalaysia menjangkakan satu episod hujan monsun akan berlaku di mulai 7 atau 8 Januari ini. Sehubungan itu, saya menasihatkan penduduk yang terdedah kepada risiko banjir musim tengkujuh untuk sentiasa mengikuti perkembangan terkini cuaca.

“Saya juga menasihatkan orang ramai tidak menjalankan aktiviti rekreasi atau sukan laut berikutan amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora (Kategori Kedua) iaitu Angin Kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj, bahkan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter.

“Ia berlaku di kawasan perairan Pahang, Johor Timur, Sarawak, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat) dan WP Labuan dijangka berterusan sehingga 4 Januari (hari ini),” katanya.

Ewon berkata, nasihat hujan lebat peringkat kuning pada 24 Disember lalu kepada amaran Hujan Lebat (Peringkat Jingga) yang dikeluarkan Met Malaysia untuk Sabah pada 30 Disember lalu yang berkuatkuasa sehingga 2 Januari lalu mulai pulih, semalam.

BanjirBeliau juga mengulangi nasihat kepada orang ramai untuk tidak mempercayai maklumat berhubung Ribut Tropika Jangmi.

“Saya juga ingin mengingatkan orang ramai tidak mempercayai maklumat yang tersebar di media sosial berkenaan Ribut Tropika “JANGMI” kerana ia sudah lenyap sepenuhnya di Laut Sulu, pada 31 Disember lalu,” katanya.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak mudah percaya dengan maklumat cuaca buruk atau tsunami yang tidak sahih kerana ia banyak tersebar dalam media sosial.

Sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 1-300-22-1MET<tel:1-300-22-1638> atau lawati laman sesawang MetMalaysia iaitu www.met.gov.my<http://www.met.gov.my/> dan laman sosial MetMalaysia di facebook <https://www.facebook.com/malaysiamet> serta twitter <https://twitter.com/malaysiamet>.

Leave a Reply

Your email address will not be published.