Categories
SELANGOR

MB: Rombakan FAS penting lonjak prestasi

SHAH ALAM 28 JAN: Rombakan Jawatankuasa Pasukan Negeri dan Pertandingan Antarabangsa dilakukan Persatuan Bola Sepak Selangor  (FAS) bagi melonjakkan serta memastikan kegemilangan pasukan bola sepak Selangor

Presiden FAS, Mohamed Azmin Ali berkata jawatankuasa itu berfungsi berkaitan pemilihan pemain, pertandingan dalam negeri dan antarabangsa.

fas_logo“Ini merupakan mesyuarat kita pertama di bawah jawatankuasa itu, mengikut peraturan FAS di bawah Artikel 45, kita melakukan rombakan hasil maklum balas diterima dari penyokong bola sepak yang menuntut satu perubahan atau rombakan dilakukan.

“Kita memahami keluhan penyokong, jadi perubahan dalam jawatankuasa itu yang dianggotai muka lama dan baharu pastinya akan mengembalikan kegemilangan pasukan,” katanya dipetik Sinar Harian.

Mohamed Azmin berkata, beliau menjelaskan barisan Exco dilantik menganggotai jawatankuasa itu akan bertemu kelab penyokong bagi mendapatkan maklum balas dan cadangan.

“Langkah ini akan kita adakan dalam masa terdekat selepas kita mengumumkan barisan Exco jawatankuasa itu,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.