Categories
SELANGOR

Kemelut FAS dimuktamadkan MB minggu depan

Oleh: AFIX REDZUAN

PUTRAJAYA, 20 JAN: Pelbagai isu termasuk kemelut pengurusan yang melanda Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) berhubung prestasi badan itu dimuktamadkan Rabu depan.

Exco Pembangunan Generasi Muda dan Sukan, Amirudin Shari, berkata Presiden FAS, Mohamed Azmin Ali akan mempengerusikan mesyuarat itu bersama pihak pengurusan.

fas_logo“Ia penting dan beberapa perkara ditimbulkan penyokong iaitu kad bermusim, pengurusan pasukan dan persoalan gaji kesemuanya akan muktamadkan.

“Kita masih dalam landasan dan perubahan kita dilaksanakan satu persatu,” kata beliau ketika ditemui Selangorkini.

Katanya, Red Giants sudah memulakan latihan bagi menghadapi musim 2015 dengan mengadakan perlawanan persabatan di peringkat nasional dan antarabangsa.

Beliau berharap penyokong dapat mengelakkan vandalisme seperti insiden lemparan cat merah di hadapan pejabat FAS semalam.

“Saya bukan minta penyokong bersabar lagi tetapi kita sedang lakukan (perubahan),” katanya.

EZY

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.