Categories
SELANGOR

Pastikan perjanjian ada klausa FOI

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 27 JAN: Kerajaan Negeri perlu memastikan terdapat klausa kebenaran penyaluran maklumat dalam sebarang perjanjian memorandum dibuat dengan pelbagai pihak pada masa hadapan.

Exco Kerajaan Negeri, Elizabeth Wong, berkata ia bagi membolehkan maklumat disampaikan kepada orang ramai yang inginkan penjelasannya.

Elizabeth“Ia boleh dibuat? Ya tetapi saya perlu membincangkannya bersama rakan exco,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat), Hannah Yeoh dalam sesi pendengaran awam berkenaan enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) Selangor 2011 di sini, hari ini.

Elizabeth berkata, apa berlaku dalam majlis menandatangani perjanjian (MOU) penstrukturan air antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan adalah di luar pengetahuan dan pihaknya hanya mendapat keputusan akhir berhubung perjanjian berkenaan.

Katanya, ini bukan sahaja dialami Kerajaan Negeri tetapi juga pihak lain di luar negara yang mana maklumat diterima dari pelbagai pihak perlu mendapat kebenaran bagi penyebaran.

“Kita setuju MOU itu didedahkan kepada umum tetapi di peringkat Persekutuan difahamkan sebaliknya,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.