Categories
SELANGOR

Peruntukan RM83.8 juta baiki jalan Bandar Raya Shah Alam

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 21 JAN: Kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf jalan-jalan sekitar Shah Alam akan diberikan tumpuan khusus, kata Datuk Bandar, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad.

Beliau berkata, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dijangka menerima peruntukan MARRIS berjumlah RM83.8 juta untuk tahun ini.

gambar jalan lopak (1)“Melalui permohonan kepada Kerajaan Negeri, diharapkan peruntukan ini membolehkan jalan-jalan dinaik taraf.

“Ini bagi memberikan keselesaan dan kesejahteraan kepada penduduk Shah Alam dan pengguna jalan raya khususnya,” katanya.

Beliau berucap demikian selepas majlis angkat sumpah jawatan Datuk Bandar di Dewan Perbandaran Wisma MBSA di sini.

Pada masa sama, beliau berkata, tumpuan turut diberikan kepada program penghijauan alam sekitar terutama di bawah Inisiatif Hijau Shah Alam.

“Seperti program Trees For Life, kebun komuniti, perintis hijau dan sebagainya akan diteruskan.

“Kita mahu lahirkan warga Shah Alam khususnya, sukarelawan yang peka terhadap alam sekitar,” katanya lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.