Categories
SELANGOR

8,402 rumah Selangorku dilancar April sasar 35,000 unit

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 19 FEB: Kerajaan Selangor akan melancarkan pembinaan 8,402 unit rumah mampu milik Selangorku selewat-lewatnya April tahun ini.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar Kerajaan Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, pelancaran itu dilaksanakan di Bandar Bukit Raja, Bandar Bukit Tinggi, Bandar Parklands di Klang, Cyberjaya di Sepang dan Bandar Rimbayu di Kuala Langat.

rumah mampu milik sutera damansara 01“Rumah Selangorku adalah rumah yang wajib dibina pemaju dengan harga antara RM42,000 hingga RM250,000 sebuah.

“Kerajaan Negeri mensasarkan 35,000 unit mula dibina menjelang 2018 dan untuk 2015 sahaja 15,000 unit akan mula dibina,” kata Iskandar dalam kenyataan medianya.

Iskandar turut mengulangi komitmen Kerajaan Negeri untuk memperbanyakkan rumah mampu milik untuk rakyat negeri itu.

Jelas beliau, pembinaan itu merupakan sebahagian rancangan Kerajaan Negeri untuk menjayakan sasaran 2018.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.