Categories
SELANGOR

Laporkan penjawat awam culas tugas

SHAH ALAM 19 FEB: Semua ketua jabatan di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan jabatan daerah diarahkan memantau disiplin pegawai/kakitangan di jabatan masing-masing bagi memastikan tiada yang culas melaksanakan kerja.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, berkata susulan lawatan mengejut ke atas penjawat awam yang minum pagi dan membeli-belah pada waktu pejabat minggu lepas, beliau mendapat pelbagai maklum balas dan ramai menyambut baik tindakan itu.

10492554_908335495866163_1192912940402972761_n“Atas respons orang awam yang positif berkenaan lawatan mengejut tersebut, saya memohon jasa baik semua pihak untuk memberikan maklumat berserta gambar kakitangan kerajaan di Selangor yang minum pagi pada waktu bekerja,” tulis Khusrin di lamab Facebooknya.

Beliau sendiri akan turut turun padang untuk membuat ‘spot check’ di premis makanan di luar Pejabat SUK Selangor bagi memastikan tiada warga kerja curi tulang sewaktu bekerja.

“Saya panjangkan maklumat tersebut kepada ketua jabatan terbabit untuk tindakan selanjutnya.

“Maklumat tersebut boleh dihantar menggunakan ‘private message’ Facebook saya. Identiti ‘whistle blower’ akan dirahsiakan,” tulisnya.

Tulis Khusrin, para penjawat awam khususnya di negeri Selangor perlu memastikan nilau integriti perkhidmatan awam sentiasa terpelihara.

“Amanah diberikan rakyat perlu dijaga dengan sebaiknya, tiba masanya kita perlu berubah demi memartabatkan perkhidmatan awam di tempat selayaknya,” tulis Khusrin.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.