Categories
SELANGOR

Fomca: Batal Lebuhraya Kidex tepat, tambah baik sistem pengangkutan

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 16 FEB: Pengumuman pembatalan projek Lebuhraya Kinrara Damansara (KIDEX) oleh Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali hari ini mendapat reaksi positif Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca).

Timbalan Presidennya, Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, langkah pembatalan projek itu disambut baik namun fokus utama perlu diberikan kepada penambahbaikkan sistem pengangkutan awam supaya rakyat boleh menjadikannya sebagai pilihan utama.

FOMCA“Tidak ada masalah kalau Kerajaan Negeri membatalkan Kidex namun dengan syarat kena ada perancangan mengatasi masalah lalu lintas.

“Masalah diberikan perhatian rakyat adalah penambahbaikkan sistem pengangkutan, bukannya pembinaan lebuhraya yang mewujudkan penggunaan lebih banyak kenderaan,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Perkara paling penting katanya adalah dasar kerajaan untuk menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam.

Katanya, pembinaan Lebuhraya Kidex lebih menjurus kepada penambahan penggunaan kenderaan di jalan raya dan bukannya menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas sedia ada.

“Penyediaan bas percuma di kawasan Petaling Jaya merupakan langkah yang baik dan dasar ini perlu diperluaskan untuk kemudahan rakyat,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.