Categories
KENYATAAN MEDIA

Hentikan tindakan terhadap Nik Raina

Oleh: Nik Nazmi Nik Ahmad

Dilaporkan bahawa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah memfailkan permohonan merayu terhadapkeputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini yang memutuskan JAWI salah dalam menyerbu dan merampas buku kontroversi di sebuah kedai buku Borders beberapa tahun sebelum ini, sekaligus telah membebaskan Nik Raina Nik Abdul Aziz, pengurus cawangan Borders tersebut.

AMK kecewa dengan keputusan JAWI tersebut terutama selepas Mahkamah Tinggi dan juga Mahkamah Rayuan membuat keputusan jelas mengenainya.

Keputusan JAWI ini bermaksud Nik Raina akan terus melalui kesukaran sepanjang proses undang-undang yang dibawah ke peringkat Mahkamah Persekutuan.

AMK menggesa JAWI berhenti daripada menjadikan Nik Raina sebagai kambing hitam. Mahkamah dengan jelas mengatakan bahawa tindakan JAWI ini bercanggah dengan Perlembagaan.

AMK mempersoalkan ketegasan JAWI meneruskan tindakan terhadap Nik Raina sedangkan masalah sebenar ialah buku yang diperkatakan.

Nik Raina hanyalah pengurus cawangan yang menjual buku tersebut dan beliau tidak sepatutnya dipersalahkan kerana buku tersebut dijual di cawangan yang diuruskannya ketika ia belum pun diharamkan.

AMK sekali lagi menggesa JAWI menarik balik rayuan terhadap keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan dan tidak lagimeneruskannya pada masa akan datang.

* NIK NAZMI NIK AHMAD adalah Ketua AMK Pusat

Leave a Reply

Your email address will not be published.