Categories
SELANGOR

Kupon letak kereta jimatkan masa pengguna

Oleh: SHUAIB AYOB

SHAH ALAM, 4 FEB: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) melaksanakan Sistem Letak Kereta Berkupon di beberapa kawasan dahulu selaras dengan perintah pengangkutan jalan, bermula 2 Februari lalu.

Yang DiPertua Majlis Perbandaran Subang Jaya, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, pelaksanaan kupon berkenaan dapat memberi kemudahan kepada pengguna dan altenatif tambahan kepada kaedah pembayaran sedia ada membabitkan pas bulanan, mesin bayar dan peraga.

_MG_3218Katanya, sistem kupon yang diperkenalkan itu juga dapat menjimatkan masa kerana pengguna tidak perlu membeli tiket di mesin, sebaliknya boleh mendapatkan kupon di premis berhampiran yang menjadi ejen jualan MPSJ.

“Ia juga dapat memudahkan pengguna kerana tidak perlu menyediakan wang kertas atau duit syiling untuk membayar di mesin kerana hanya perlu gores di kupon sahaja.

“Pengurusan sistem letak kereta berkupon ini juga lebih mudah dan sistematik untuk dikendalikan,” katanya pada majlis penyerahan kupon kepada pengguna di pasar awam SS15, di sini, hari ini.

_MG_3283Kupon gores itu boleh digunakan di semua kawasan MPSJ selagi masih sah tempoh

MPSJ juga mengambil keputusan menangguhkan pelaksanaan kupon tempat letak kereta di beberapa kawasan bertujuan memberi peluang kepada penduduk untuk mengetahui dengan lebih luas berkenaan itu.

Selain itu, penangguhan berkenaan juga dapat memberi peluang kepada MPSJ mengkaji dan meneliti keberkesanan sistem berkupon di kawasan berkenaan, sehingga 1 Ogos ini.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.