Categories
NASIONAL

Nor Hisham sebak terkenang peristiwa ‘penyapu’

KUALA LUMPUR, 2 OKT: Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan sebak apabila terkenang peristiwa penerimaan ‘penyapu’ daripada kerajaan Negeri Selangor ketika beliau berkhidmat di bawah Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) pada tahun 2007.

Katanya ketika itu MDHS mencapai kutipan cukai yang tidak memuaskan iaitu kurang daripada 40 peratus pada tahun 2006.

“Ketika dipanggil untuk menerima anugerah penyapu daripada bekas Menteri Besar Selangor (Dr Mohamad Khir Toyo), saya baru sahaja ditukarkan dari Kementerian Wilayah Persekutuan untuk dinaikkan pangkat sebagai pegawai daerah Hulu Selangor M52 pada September 2007.

“Anugerah itu diberi pada Disember 2007 atas prestasi hasil kutipan cukai bawah 40 peratus pada tahun 2006 dan bersama-sama dengan saya untuk menerima ‘penyapu’ itu ialah Yang Dipertua MDSH ketika itu Tukiman Nail.

“Walaupun ia bukan zaman saya, namun saya tetap juga menerima ‘penyapu’ dengan penuh tanggungjawab, yang mana ia telah menjadi sejarah kekalahan Barisan Nasional di Selangor,” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai peristiwa itu selepas Majlis Serah Tugas Datuk Bandar Kuala Lumpur di sini hari ini.

Nor Hisham berkata selepas peristiwa itu, beliau cuba meningkatkan hasil kutipan cukai dalam masa dua tahun sehingga mendapat anugerah cemerlang RM100,000 daripada bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim pada tahun 2009.

“Kami (MDHS) telah berjaya mencapai lebih 92 peratus hasil kutipan cukai dalam masa dua tahun yang kemudiannya mendapat pengiktirafan daripada kerajaan Negeri Selangor,” katanya.

Sementara itu, Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad berkata peristiwa itu sebagai dorongan kepada Nor Hisham untuk membuktikan pencapaian mereka dalam Pihak Berkuasa Tempatan.

“Sebagai ketua, walaupun beliau menerima bagi pihak orang lain namun ia sebagai pengalaman pahit yang memberi dorongan kepada PBT itu untuk membuktikan kemampuan dan buktikan mereka salah dalam tempoh yang singkat,” katanya.

Dr Mohamad Khir dilaporkan menjelaskan pemberian penyapu itu bukan bertujuan menjatuhkan maruah tetapi secara simbolik bagi membersihkan sikap buruk dan amalan negatif PBT yang tidak mencapai tahap maksimum kualiti perkhidmatan yang ditetapkan.

Susulan peristiwa itu, Dr Mohamad Khir dikritik pelbagai pihak termasuk Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) kerana tindakan itu dilihat mengaibkan penjawat awam.

SUMBER: BERNAMA

Categories
NASIONAL

Nor Hisham dilantik Datuk Bandar Kuala Lumpur ke-12

KUALA LUMPUR, 2 OKT: Bekas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya , Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa semalam.

Beliau menggantikan Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz yang menamatkan perkhidmatan pada 30 Sept lepas.

Pelantikan Nor Hisham sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang ke-12 mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V mengikut Bahagian II, Seksyen 4(2) Akta Ibu Kota Persekutuan 1960.

Pelantikan berkenaan diumumkan Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad dalam Majlis Serah Tugas Datuk Bandar Kuala Lumpur di sini hari ini.

Nor Hisham, 62, bersara pada Mei tahun lepas selepas dua tahun di MPSJ sejak 2014 dan disambung menerusi kontrak selama satu tahun atas kecemerlangan beliau.

Beliau berpengalaman selama 37 tahun dalam pelbagai agensi kerajaan di peringkat pusat dan negeri antaranya Pejabat Tanah Daerah Gombak, Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

Khalid yakin dengan pengalaman Nor Hisham selama 37 tahun di agensi kerajaan termasuk di Kementerian Wilayah Persekutuan pada tahun 2006 dapat menerajui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan cemerlang.

“Dengan rekod perkhidmatan yang cemerlang, beliau akan dapat mentadbir Kuala Lumpur ke aras yang lebih baik selaras dengan matlamat dan visi DBKL (Dewan Bandaraya Kuala LUmpur) untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya bertaraf dunia atau “World Class City” menjelang tahun 2020,” katanya.

Sementara itu, Nor Hisham berkata sebagai Datuk Bandar, beliau bersikap terbuka terhadap sebarang cadangan dan kritikan daripada warga kota untuk menjadikan ibu kota sebagai ‘World Class City’.

“Saya mengalu-alukan buah fikiran daripada semua warga DBKL secara khususnya dari segi pentadbiran dan daripada warga kota secara amnya bagi memajukan Kuala Lumpur.

“Isu-isu kota seperti masalah gelandangan dan warga asing di Pasar Borong Selayang diyakini dapat ditangani dengan bantuan Pihak Berkuasa Tempatan, “ katanya.

SUMBER: BERNAMA

Categories
SELANGOR

Pesta Tanglung lambang penyatuan bangsa

Oleh: HAFIZAN TAIB

SUBANG JAYA, 27 SEP: Penganjuran Pesta Tanglung 2015 memupuk perpaduan kaum dengan kehadiran ramai tanpa mengira bangsa dan fahaman agama.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata pihaknya menggalakkan acara seperti itu kerana jelas membawa banyak kebaikan kepada semua pihak.

hisham“Pesta tanglung ini lebih kepada semua kaum di Subang Jaya.

“Walaupun ia (sesuatu kaum) berbentuk merah, hijau dan kuning, yang penting adalah cahaya itu ketika memancar tidak kira warna tetapi penting untuk semua di kawasan yang gelap ini,” katanya di sini, pada 26 September lalu.

Beliau berkata, acara diadakan jelas berjaya menyatukan semua bangsa yang ada dan situasi itu adalah lambang keharmonian di negara ini.

tanglung2“Pesta tanglung ini meriah dan diharap akan lebih ceria pada masa akan datang,” katanya.

Pesta Tanglung 2015 dianjurkan bersama Pejabat Adun Subang Jaya dan Ahli Parlimen Kelana Jaya yang memasuki tahun keenam penganjuran.

Nor Hisham bersama Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh dan hadirin lain menyaksikan persembahan sempena pesta terbabit yang berlangsung di Laman Sukan USJ 1, di sini.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Kupon letak kereta jimatkan masa pengguna

Oleh: SHUAIB AYOB

SHAH ALAM, 4 FEB: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) melaksanakan Sistem Letak Kereta Berkupon di beberapa kawasan dahulu selaras dengan perintah pengangkutan jalan, bermula 2 Februari lalu.

Yang DiPertua Majlis Perbandaran Subang Jaya, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, pelaksanaan kupon berkenaan dapat memberi kemudahan kepada pengguna dan altenatif tambahan kepada kaedah pembayaran sedia ada membabitkan pas bulanan, mesin bayar dan peraga.

_MG_3218Katanya, sistem kupon yang diperkenalkan itu juga dapat menjimatkan masa kerana pengguna tidak perlu membeli tiket di mesin, sebaliknya boleh mendapatkan kupon di premis berhampiran yang menjadi ejen jualan MPSJ.

“Ia juga dapat memudahkan pengguna kerana tidak perlu menyediakan wang kertas atau duit syiling untuk membayar di mesin kerana hanya perlu gores di kupon sahaja.

“Pengurusan sistem letak kereta berkupon ini juga lebih mudah dan sistematik untuk dikendalikan,” katanya pada majlis penyerahan kupon kepada pengguna di pasar awam SS15, di sini, hari ini.

_MG_3283Kupon gores itu boleh digunakan di semua kawasan MPSJ selagi masih sah tempoh

MPSJ juga mengambil keputusan menangguhkan pelaksanaan kupon tempat letak kereta di beberapa kawasan bertujuan memberi peluang kepada penduduk untuk mengetahui dengan lebih luas berkenaan itu.

Selain itu, penangguhan berkenaan juga dapat memberi peluang kepada MPSJ mengkaji dan meneliti keberkesanan sistem berkupon di kawasan berkenaan, sehingga 1 Ogos ini.

-NFN-