Categories
SELANGOR

MPSJ tangguh sistem kupon sehingga 1 Ogos

SUBANG JAYA, 8 FEB : Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) memutuskan untuk menangguh pelaksanaan Sistem Letak Kereta Berkupon bagi kawasan yang tidak mempunyai mesin bayar dan peraga sehingga 1 Ogos ini.

Yang Dipertua MPSJ, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, ia bertujuan memberi peluang kepada pengguna memahami lebih lanjut berkenaan pelaksanaan sistem berkupon itu yang mula dilaksanakan, pada 2 Februari lalu.

Parkir MBSABagaimanapun, katanya, pelaksanaan sistem berkupon di kawasan yang mempunyai mesin bayar dan peraga akan diteruskan seperti biasa.

“Penangguhan ini juga boleh memberi ruang kepada MPSJ mengkaji dan meneliti keberkesanan sistem kupon di kawasan lama yang sudah kita laksanakan baru-baru ini,” katanya.

Beliau berkata, tempoh kajian kira-kira enam bulan itu akan membuahkan hasil maklumat ekoran MPSJ mula menerima pelbagai reaksi sejak sistem baru itu diperkenalkan.

Katanya, MPSJ juga akan meneliti sebarang masalah yang timbul jika terdapat aduan daripada orang ramai berkenaan sistem baru itu.

hishamPelaksanaan Sistem Letak Kereta Berkupon di MPSJ adalah bagi memberi kemudahan kepada pengguna sebagai alternatif kaedah pembayaran sedia ada.

MPSJ melaksanakan sistem itu selaras dengan Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Mengenai Tempat Letak Kereta) MPSJ pindaan 2014.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.