Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL PILIHAN MINGGUAN

Sistem parkir digital mudahkan pengguna, tidak perlu beli kupon setiap PBT

SHAH ALAM, 18 FEB : Pelaksanaan sistem parkir digital menerusi aplikasi Smart Selangor Parking (SSP) menjimatkan pengguna yang tidak perlu lagi membeli kupon bergores mengikut pihak berkuasa tempatan (PBT).

EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han berkata kaedah itu lebih mudah dan mereka tidak lagi perlu terikat dengan mana-mana sempadan PBT.

“Sebagai contoh, kupon parkir kertas perlu mengikut PBT, sekiranya seseorang itu tinggal di Sepang dan bekerja di Ampang Jaya, banyak kupon parkir mereka perlu beli mengikut kawasan PBT di lokasi mereka berada.

“Kaedah ini selain berlakunya pembaziran kertas ia juga menyukarkan pengguna yang terpaksa mengumpul banyak kupon parkir kertas daripada pelbagai PBT,” katanya kepada SelangorKini.

Sze Han berkata sejak pelaksanaan SSP, Kerajaan Negeri dapat menjimatkan penggunaan kertas sebanyak 981,159 kilogram iaitu mencecah hampir 1,000 tan.

“Kerajaan Negeri melalui PBT dan Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) bercadang mahu anjurkan pelbagai kempen kesedaran bagi menarik lebih ramai orang memuat turun aplikasi ini dalam masa terdekat,” katanya.

Setakat 10 Februari lalu, seramai 1.89 juta pengguna memuat turun aplikasi SSP yang dibangunkan SSDU melibatkan 10 PBT iaitu :

– Majlis Bandaraya Shah Alam
– Majlis Bandaraya Petaling Jaya
– Majlis Bandaraya Subang Jaya
– Majlis Perbandaran Klang
– Majlis Perbandaran Kuala Langat
– Majlis Perbandaran Ampang Jaya
– Majlis Perbandaran Kajang
– Majlis Perbandaran Sepang
– Majlis Perbandaran Kuala Selangor
– Majlis Perbandaran Selayang

Categories
NASIONAL

Guna kupon lelong durian

TUMPAT, 14 JULAI: Dengan hanya RM10, orang ramai yang mengunjungi gerai menjual durian milik seorang peniaga di Kampung Semat Jal di sini, boleh mengukir senyuman apabila boleh membawa pulang sekurang-kurangnya 10 biji durian.

Bagaimanapun, setiap pembeli perlu datang ke gerai itu seawal 8 pagi bagi mendapatkan kupon yang disediakan oleh peniaga berkenaan bagi mengelak berlakunya suasana kecoh.

Pemilik gerai ‘Pemburu Buah Group’ itu, Shahmi Azani Mohd Tanazi, 26, berkata beliau memilih menjual durian dengan kaedah itu bagi memberi peluang kepada orang ramai menikmati buah yang kini menjadi rebutan ramai.

Beliau berkata konsep isi ‘sampai penuh plastik’ itu dimulakan sejak dua minggu lalu dan setiap hari sebanyak 20 tan durian berjaya dijual.

Katanya orang ramai yang memiliki kupon bermula nombor satu sehingga 100 akan beratur mengikut giliran dan apabila nama dipanggil mulai pukul 10 pagi mereka dibenarkan mengisi durian ke dalam plastik seberapa banyak yang boleh diisi.

Shahmi Azani berkata bekalan durian yang dijualnya itu diperoleh dari Pahang, Pulau Pinang, Johor, Kedah dan Negeri Sembilan dan sejak dijual bermula dua minggu lalu, bekalan raja buah itu tidak pernah putus.

“Apabila menjual (durian) secara longgok dengan harga yang murah, sudah pasti mendapat sambutan hangat sehingga terpaksa menggunakan kupon bagi mengelakkan mereka berebut dan mendatangkan risiko terutama kepada warga emas dan ibu mengandung, “ katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Selain durian kampung, gerai itu turut menjual pelbagai jenis durian seperti Musang King, D2, D13, Udang Merah, D88, Holo, D24, IOI, durian kahwin dan durian Cikgu secara timbang bermula dari RM3 sehingga RM25 untuk satu kilogram.

“Saya sudah mengusahakan perniagaan ini sejak 11 tahun dan setiap kali musim durian, lokasi di sini sentiasa menjadi tumpuan orang ramai,” katanya sambil menambah setiap hari durian habis dijual kepada pembeli dari merata tempat di negeri ini termasuk Bachok, Ketereh, Kok Lanas, Wakaf Che Yeh dan juga Terengganu.

Seorang pembeli yang ditemui, Mansor Abdullah, 45, berkata keluarganya memang penggemar durian dan amat bertuah kerana ada peniaga yang prihatin yang sanggup menjual durian dengan kaedah seperti ini.

“Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya dan keluarga merasa buah durian hari ini dengan harga yang murah,” katanya.

-BERNAMA

Categories
SELANGOR

MPSJ tangguh sistem kupon sehingga 1 Ogos

SUBANG JAYA, 8 FEB : Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) memutuskan untuk menangguh pelaksanaan Sistem Letak Kereta Berkupon bagi kawasan yang tidak mempunyai mesin bayar dan peraga sehingga 1 Ogos ini.

Yang Dipertua MPSJ, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, ia bertujuan memberi peluang kepada pengguna memahami lebih lanjut berkenaan pelaksanaan sistem berkupon itu yang mula dilaksanakan, pada 2 Februari lalu.

Parkir MBSABagaimanapun, katanya, pelaksanaan sistem berkupon di kawasan yang mempunyai mesin bayar dan peraga akan diteruskan seperti biasa.

“Penangguhan ini juga boleh memberi ruang kepada MPSJ mengkaji dan meneliti keberkesanan sistem kupon di kawasan lama yang sudah kita laksanakan baru-baru ini,” katanya.

Beliau berkata, tempoh kajian kira-kira enam bulan itu akan membuahkan hasil maklumat ekoran MPSJ mula menerima pelbagai reaksi sejak sistem baru itu diperkenalkan.

Katanya, MPSJ juga akan meneliti sebarang masalah yang timbul jika terdapat aduan daripada orang ramai berkenaan sistem baru itu.

hishamPelaksanaan Sistem Letak Kereta Berkupon di MPSJ adalah bagi memberi kemudahan kepada pengguna sebagai alternatif kaedah pembayaran sedia ada.

MPSJ melaksanakan sistem itu selaras dengan Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Mengenai Tempat Letak Kereta) MPSJ pindaan 2014.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Sistem parkir berkupon MPSJ atasi masalah kawasan komersial

Oleh: LIZAWATI MADFA

SUBANG JAYA, 24 JAN: Sistem parkir berkupon yang bakal dilaksanakan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) diyakini mampu menyelesaikan beberapa isu melibatkan masalah meletak kenderaan di kawasan komersial.

Pengurus kilang, Mohd Karim Mohd Jai, 65, berkata keadaan itu berbeza dengan sistem parkir percuma sebelum ini yang menggalakkan pemandu meletakkan kenderaan di petak parkir dalam jangka masa melampau.

20150124_105009“Contohnya, di kawasan kilang saya yang turut dibanjiri bengkel kenderaan lain. Selalunya, kenderaan rosak atau yang sudah dibaiki diparkir lama hingga pelanggan kami tidak ada tempat atau terpaksa parkir jauh.

“Ini agak mengganggu kelancaran urusan kami,” katanya kepada Selangor Kini.

MPSJ melaksanakan sistem itu bermula 2 Februari ini selaras dengan Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Mengenai Tempat Letak Kereta) MPSJ pindaan 2014 membabitkan kadar RM0.50 sejam.

Bagi anak jati Subang Jaya, Wong Kim Hock, 60, kadar yang dikenakan MPSJ itu adalah berpatutan dan sesuai dengan kemampuan pengguna di kawasan berkenaan.

“Penggunaan kupon juga adalah lebih praktikal berbanding mesin syiling yang lebih banyak menyusahkan pengguna.

“Cuma, MPSJ perlu memastikan kupon parkir mudah didapati dengan melantik ejen yang mencukupi di setiap tempat,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Sistem letak kereta berkupon MPSJ bermula 2 Februari

Oleh: HAFIZAN TAIB

SUBANG JAYA, 12 JAN: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan melaksanakan sistem letak kereta berkupon di seluruh kawasan seliaannya. mulai 2 Februari ini.

Pelaksanaan itu membabitkan Subang Jaya, Puchong/Kinrara dan Seri Kembangan/Sri Serdang meliputi sebahagian besar kawasan untuk perkhidmatan berkenaan.

logo mpsjSehubungan itu, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mempelawa orang ramai menjadi ejen jualan kopun bagi kemudahan pengguna di kawasan berkenaan.

Borang permohonan boleh diperoleh di Bahagian Letak Kereta, Jabatan Perbendaharaan, MPSJ atau secara dalam talian.

Untuk maklumat lanjut, pihak berminat boleh menghubungi MPSJ di talian 03-8026 3145, 03-8024 6895 (fax) atau laman sesawang: www.mpsj.gov.my atau Godell Parking Sdn Bhd (03-5515 9999, 03-5511 5958 (fax) atau  www.godell.com.my).

-NFN-