Categories
NASIONAL

Pejabat PM halang M’Kini buat liputan Jokowi

SHAH ALAM 6 FEB: Wartawan Malaysiakini disekat daripada membuat liputan acara melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Indonesia Joko Widodo di Pejabat Perdana Menteri (PMO) di Putrajaya hari ini.

Memetik laporan portal itu, sekatan itu dibuat walaupun Malaysiakini mempunyai kad wartawan Kementerian Penerangan serta kad kebenaran khas untuk liputan acara melibatkan Jokowi daripada jabatan sama.

B9ENtgJCIAAlZXVKetika melalui laluan pemeriksaan keselamatan, pegawai di situ berkata, walaupun mempunyai kad media lawatan khas, Malaysiakini tidak boleh boleh berada di PMO “atas arahan pihak atasan”.

Malaysiakini memperoleh kad media khas yang disahkan oleh ketua pegawai keselamatan PMO minggu lepas.

Tertulis di kad itu: “Kad ini adalah kad rasmi lawatan dan harus dipakai setiap masa” dan “kad ini sah digunakan ketika masa lawatan sahaja”.

Jokowi yang pertama kali datang ke Malaysia selepas menjadi presiden mengadakan lawatan tiga hari bermula semalam sehingga Sabtu.

Semalam Malaysiakini dibenarkan membuat liputan ketibaan Joko.

Ini bukan kali pertama PMO menyekat Malaysiakini menghadiri acara yang di pejabat itu.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.