Categories
KENYATAAN MEDIA

Tunku & Pak Samad: Mengenang negarawan, meraikan sasterawan

Roketkini.com berbesar hati untuk meraikan dua tokoh yang ditakdirkan lahir pada tarikh yang sama, meski pada dua tahun berbeza.

Perdana Menteri Pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj diputerakan pada 8 Februari 1903, manakala Sasterawan Negara A. Samad Said lahir 83 tahun lalu pada 8 Februari 1932.

Kedua-dua tokoh ini berkongsi tarikh hari lahir yang sama. Malah mereka sempat bertemu muka pada suatu ketika dahulu.

tunku-paksamadTunku sebagai tokoh politik dan Pak Samad sebagai pujangga mempunyai kelebihan masing-masing. Memang tidak cukup ruang untuk membicarakan sumbangan mereka kepada sejarah, politik, seni dan kebudayaan serta ruang sosial dan ekonomi negara.

Forum khas ini bertujuan membicarakan peranan dan sumbangan kedua-dua tokoh ini yang berkaitan dengan suasana masyarakat Malaysia yang pernah suatu waktu dulu hidup dalam keadaan harmoni dan sederhana walau berbeza kaum dan agama serta ideologi.

Memang tidak dinafikan rakyat Malaysia dulu pernah hidup dalam kemelut politik dan eknonomi. Tiada siapa menafikan keperitan dan kepayahan hidup bagi sesetengah kelompok rakyat.

Namun tiada siapa juga dapat menafikan bahawa masyarakat Malaysia pada suatu masa dulu bersifat lebih jujur, terbuka dan tidak mudah tersinggung.

Forum khas ini berharap perbincangan tentang kedua-dua tokoh ini, termasuk dengan kehadiran Pak Samad sendiri sebagai keramat hidup atau tokoh besar dunia seni Malaysia, dapat memberi insiprasi kepada generasi hari ini untuk mara tanpa perlu menoleh ke belakang; atau setidak-tidaknya mereka menjadikan sejarah sebagai pandu arah untuk keluar dari kemelut perkauman dan keagamaan yang sempit.

Panel forum kali ini akan dianggotai oleh Pak Samad sendiri, bersama Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Aktivis Sosial Datuk Ambiga Sreenevasan, Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusof Rawa dan Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah. Forum akan dikendalikan oleh Koordinator Roketkini.com Sdr Edry Faizal.

Tarikh: 7 Februari 2015 (Sabtu)
Masa: 2 petang
Tempat: Mandarin Court Hotel, Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur

Masuk adalah percuma.

Leave a Reply

Your email address will not be published.