Categories
NASIONAL

Wartawan ‘musuhi’ TGNA bercucuran air mata tulis berita

Oleh AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM 13 FEB: Sekalipun terkenal sebagai pemimpin pembangkang yang tegas melawan Umno BN,  Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sentiasa meramahi pengamal media termasuk dari media arus perdana yang cenderung pro-BN.

Pada satu temu bual, bekas wartawan Berita Harian, Hafizan Taib mengakui kekok berdepan tokoh agama itu tetapi bertukar selesa apabila Allahyarham ramah menjawab soalan.

zz“Segala soalan dijawab dengan tenang dan teratur meskipun beliau diasak dengan pelbagai soalan sukar,” katanya yang kini bertugas di Selangor Kini.

zPertemuan itu berlangsung pada program bersama Pertubuhan Seruan Islam di Ipoh, Perak sekitar 2003 atau 2004.

Sikap itu berbeza dengan segelintir pemimpin pembangkang yang mudah memusuhi wartawan organisasi media yang dilihat condong kepada idelogi politik bertentangan.

zekBekas wartawan TVSelangorku, Zeanaaima Yusof pula mengakui tidak menyukai Allahyarham pada zaman sekolahnya kerana terpengaruh dengan tohmahan media arus perdana.

“Masa sekolah aku hanya baca satu paper. Paper tu asyik report buruk-buruk pasal Nik Aziz. So aku benci susuk tubuh Nik Aziz,” katanya dalam Facebook.

Bagaimanapun, ia berubah selepas terdedah dengan sifat sebenar Allayarham apabila bekerja di sebuah portal yang mesra Pakatan Rakyat.

“Aku mula terdedah dengan Nik Aziz. Aku baca. Aku proses interview. Aku buat research. Hari-hari ada saja isu babitkan Nik Aziz. Hari-hari aku tengok peel dia.

“Hari-hari dengar hujah dia. Lama-lama aku suka dengan beliau. Lama-lama aku respect pada beliau,” kata wartawan AntaraPos itu yang mengakui menangis berikutan  pemergian Allahyarham.

“Mak mentua aku bagitahu.. Nik Aziz meninggal dunia. Aku terus mengadap komputer. Ternyata betul. Berjujuran (bercucuran) air mata jatuh..sambil tangan ketuk berita,” katanya.

– FZL

Leave a Reply

Your email address will not be published.