Categories
SELANGOR

Pilihan raya PBT, DAP perlu yakinkan rakyat

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 4 FEB: DAP perlu meyakinkan rakyat dan pemimpin politik lain berhubung kebaikan penganjuran pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum berhasrat mencadangkannya, kata Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman.

Katanya, sehingga kini PAS Selangor belum ada kata putus berhubung perkara itu kerana belum pernah dibincangkan dalam sebarang mesyuarat bersama Pakatan Rakyat (PR).

khairuddin othman“Perkara ini tidak pernah dibangkitkankan dalam perjumpaan bersama kerana kami hanya berusaha memperkukuhkan kerajaan dan perkara ini hanya diketahui melalui laporan media.

“DAP harus bekerja keras untuk yakinkan rakyat dan pimpinan politik lain tentang perlunya pelaksanaan pilihan raya PBT itu,” katanya kepada Selangor Kini.

Ditanya mengenai pandangan PAS berhubung pilihan raya itu, Khairuddin berkata, tiada pendirian konkrit berhubung perkara itu kerana pihaknya belum mendapat gambaran jelas berkenaan struktur pelaksanaan terbabit.

logo PBT“Pada prinsipnya, DAP perlu menyakinkan PAS bahawa pilihan raya PBT yang akan dilaksanakan itu lebih mendatangkan manfaat kebaikan berbanding keburukan.

“Jika perkara itu tidak berlaku, kita tetap dengan pendirian hari ini,” katanya.

Sebelum ini, DAP menyeru Kerajaan Selangor menganjurkan pilihan raya PBT seperti terkandung dalam manifesto antara DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.