Categories
SELANGOR

Pilihan Raya PBT, di mana ketelusan berkongsi kuasa?

Oleh: NURUL FARINA NAZLAN

SHAH ALAM, 4 FEB: Adun Semenyih, Datuk Johan Abd Aziz menyifatkan desakan DAP mengadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) sebagai membuka ruang kepada kaum Cina mendominasi kawasan bandar.

Johan berkata, sejarah Malaysia sendiri memperlihatkan bagaimana British menempatkan kaum yang ada ketika itu apabila Melayu diletakkan di kampung, Cina (bandar) dan India (estet).

Katanya, walaupun sudah berlaku migrasi kaum Melayu dan India ke bandar, namun Cina masih mendominasi kawasan berkenaan sehingga kini.

Datuk-Johan-Abd-Aziz“Ketidakadilan akan wujud jika pilihan raya PBT berlaku. Ini bukan soal perkauman tetapi kita boleh lihat kawasan seperti di Petaling Jaya yang mendominasinya adalah Cina.

“Kekhuatiran PAS memang kena pada asasnya kerana mustahil ketelusan kuasa boleh berlaku apabila kebanyakan kawasan bandar di kuasai kaum Cina. Jadi, di mana ketelusan pilihan raya PBT?

“Hal ini jelas memperlihatkan pilihan raya PBT tidak adil untuk kaum lain. Seperti yang diusul PAS, memang tepat jika DAP boleh buktikan manfaat di sebalik pilihan raya itu kepada semua kaum,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

logo PBTTerdahulu, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman meminta DAP meyakinkan rakyat dan pemimpin politik lain berhubung kebaikan penganjuran pilihan raya PBT sebelum pelaksanaannya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming pula menegaskan pilihan raya itu mampu memperkukuhkan sistem demokrasi di Malaysia dan tidak membabitkan kepentingan DAP.

Leave a Reply

Your email address will not be published.