Categories
SELANGOR

RM6.7 juta bantu naik taraf lokasi pelancongan

Oleh: NAEEM RAFFI

KUALA SELANGOR 16 FEB: Sejumlah RM6.7 juta diperuntukkan bagi 2015 khusus untuk menaiktaraf kawasan pelancongan yang disyorkan setiap pihak berkuasa tempatan (PBT).

Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar Negeri Selangor, Elizabeth Wong berkata walaupun ia bukan peruntukan yang besar berbanding negeri lain, tetapi Selangor akan memanfaatkannya secara kolektif dan efektif.

YB Eli lawat Bukit Melawati sempena Tourism Selangor 2015 (1)“Untuk 2015 juga kita ada peruntukan khas bagi untuk kempen promosi bagi menyertai beberapa ‘ tourism trip fair’ di luar negara dan siri jelajah dan promosi dalam negara.

“Peruntukan khas itu juga akan digunakan untuk menaiktaraf infra bagi menjamin kemudahan dan keselesaan pelancong,” katanya.

Elizabeth berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Tahun Melawat Selangor 2015 Peringkat Daerah Kuala Selangor, di Padang Pekan Lama, di sini.

Selangor mensasarkan kedatangan 7 juta pelancong dari dalam dan luar negara sempena Sambutan tahun Melawat Selangor 2015.

Mengulas lanjut mengenai sasaran itu, Elizabeth berkata ia mampu dicapai dengan kerjasama dan usaha keras semua pihak.

“Kita mampu capai sasar tersebut dengan syarat semua pihak terlibat termasuk swasta perlu bekerja keras.

“Kejayaan menambah jumlah pelancong mampu membantu pertumbuhan ekonomi negeri untuk berdepan dengan cabaran ekonomi getir di masa depan,” katanya.

Selangor memiliki tarikan tersendiri dan kawasan pelancongan menarik untuk dikunjungi seperti Kelip-Kelip Kampung Kuantan, Batu Caves, Taman Botani Negara, FRIM Kepong dan lain-lain.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.