Categories
KENYATAAN MEDIA

Terjah banteras wabak denggi

Oleh: Dr Daroyah Alwi

Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan mesyuarat membincangkan gerak kerja menangani kenaikan kes denggi di Daerah petaling dan di Negeri Selangor amnya.

Mesyuarat ini di adakan khas bagi membuktikan bahawa Kerajaan negeri Selangor amat serius di dalam tindakan pengawalan dan pencegahan denggi terutama sekali di Daerah Petaling.

10401476_10203697242131939_5999454776027057649_nSehingga minggu ke-4 tahun 2015, sebanyak 6,686 kes denggi telah di laporkan di negeri Selangor, dan 50% daripada jumlah tersebut adalah daripada Daerah petaling dengan kes sebanyak 3212 kes dengan 11 kematian.

Bagi tujuan tersebut, satu gerak kerja khas iaitu Program Terjah dan Musnah Aedes di kawasan hotspot denggi di Daerah Petaling akan adakan pada 7 dan 8 Februari ini.

Objektif utama pelaksanaan Program Terjah dan Musnah Aedes 2015 Daerah Petaling adalah seperti berikut:

a. Untuk menurunkan kes wabak denggi yang semakin meningkat di Daerah Petaling dan seterusnya dapat mengelakkan kes kematian daripada meningkat;

b. Untuk meningkatkan kerjasama pelbagai agensi bagi mengawal dan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes;

c. Untuk memberi pendidikan dan kesedaran kepada penduduk setempat terhadap wabak denggi dan kebersihan kawasan sekeliling; dan

d. Untuk mempertingkatkan aktiviti penguatkuasaan terhadap tindakan-tindakan yang akan menyebabkan pembiakan nyamuk aedes.

Sehubungan itu, Kerajaan Negeri akan mengadakan kerjasama bersepadu dengan Pihak Berkuasa Tempatan serta Agensi dan Jabatan Kerajaan khususnya di Daerah Petaling bagi menjalankan aktiviti pencegahan dan pemusnahan tempat pembiakan aedes.

Program ini menfokuskan kepada 6 bentuk pendekatan iaitu: –

I. Pembersihan Kawasan Hotspot Denggi
II. Pembersihan Pangsapuri Kos Rendah
III. Pemeriksaan Semua Tapak Binaan Di Daerah Petaling
IV. Pemeriksaan Di Kg. Baru Cina
V. Pembersihan Longkang Seluruh Daerah Petaling
VI. Pembersihan Taman Awam Dan Taman Rekreasi

Y.A.B Dato’ Menteri Besar Selangor bersama Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) akan bersama-sama turun padang bagi meninjau pelaksanaan Program Terjah dan Musnah Aedes 2015 di Daerah Petaling pada 7 Februari 2015.

Kerajaan Negeri juga memohon agar masyarakat secara keseluruhannya agar dapat memastikan kebersihan dan menghapuskan tempat pembiakan seperti mengambil masa selama 10 minit untuk kerja-kerja pembersihan dan bersama-sama Kerajaan Negeri untuk menjalankan Program Terjah dan Musnah Aedes 2015 di Daerah Petaling.

Leave a Reply

Your email address will not be published.