Categories
SELANGOR

Bas percuma PJ City diperluas bermula 11 April

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 20 MAC: Perkhidmatan bas percuma ‘PJ City Bus Service’ diperluas kawasan operasinya merangkumi SS2, sebahagian Seksyen 17 dan 19, bermula 11 April.

Ahli Majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Lee Suet Sen berkata, sambutan orang ramai menggalakkan sejak bermulanya perkhidmatan pada 1 Mei tahun lepas.

10422494_453790111441586_306016559830546486_n“Sebanyak 10 buah bas dari syarikat Rapid Bus Sdn Bhd yang diperuntukkan bermula jam 6.00 pagi sehingga 9.00 malam dengan kekerapan setiap 25 minit,” kata beliau.

Sehingga kini bilangan penumpang kepada perkhidmatan PJ01 telah meningkat, daripada 3,500 penumpang sehari kepada 8,000 penumpang.

MBPJ menyasarkan penggunaan kenderaan awam dapat ditingkatkan dan membantu meredakan masalah kesesakkan lalu lintas di Petaling Jaya.

Laluan yang dipanggil “PJ02”, akan bermula dari stesen LRT Taman Jaya, dan menuju ke Jalan Semangat, dan meliputi jalan-jalan utama di SS2, sebelum beralih ke Jalan Universiti, dan berhenti di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.