Categories
SELANGOR

Kerjasama ramai basmi tikus elak bawa wabak

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 21 MAC: Penduduk Subang Jaya dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bekerjasama dengan Balai Polis SS 17 mengadakan kempen membasmi tikus yang semakin berleluasa.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DNS) Selangor, Hannah Yeoh, berkata kerjasama dari penduduk di Subang Jaya menggalakkan dengan penglibatan ramai.

P1010481“Di sini juga merupakan salah satu kawasan hotspot kes denggi akibat persekitarannya yang tidak dijaga seperti longkang tersumbat, padang terbiar, semak-samun dan banyak takungan air.

“Kira-kira 24 ekor tikus berjaya di tangkap, dan ini hanya baru satu deretan kedai di SS18 dan kempen ini akan terus dijalankan oleh penduduk setempat dari masa ke semasa,” kata beliau sewaktu kempen basmi tikus dan gotong-royong di SS18/1B, Subang Jaya.

Menurut beliau, kempen basmi tikus pada kali ini MPSJ merasakan tindakan kerjasama dengan penduduk setempat adalah lebih berkesan berbanding menawarkan ganjaran menangkap tikus kepada penduduk.

“Pemberian ganjaran tidak perlu sekiranya kerja-kerja pembersihan dilakukan setiap premis dan kerjasama dari penduduk setempat lebih menampakkan keberkesanan.

“Kalau dibuat berterusan pada setiap minggu, kita dapat lihat penurunan kes tikus yang dilaporkan.

Bagi mengatasi masalah ini, dinasihatkan orang ramai supaya prihatin dengan tahap kebersihan tidak kira di rumah, premis perniagaan atau semasa memilih tempat makan dan perlu memastikan peralatan seperti sudu, garpu, pinggan dan cawan dicuci sempurna.

“Kerana antara penyebab utama kes tikus ini semakin berleluasa adalah dari sisa-sisa makanan yang dibuang merata oleh premis yang tidak bertanggungjawab.

“Premis kedai makanan juga diberi amaran keras untuk sentiasa membersihkan di bahagian belakang kedai masing-masing yang menjadi salah satu punca pembiakannya tikus ini,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.