Categories
NASIONAL

Wan Azizah: Pemenjaraan Anwar buat kami lebih semangat tegak keadilan

Oleh: LIZAWATI MADFA

PETALING JAYA, 7 MAC: Pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan melumpuhkan semangat pimpinan Pakatan Rakyat.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebaliknya berkata usaha jahat Umno-BN itu hanya memberi suntikan semangat kepada PR untuk terus melawan kerajaan zalim.

11054462_867652623277441_6014867755839800186_n“Mereka sangka kita akan lemah apabila Anwar di penjara, mungkin pada mulanya kita lemah dan sedih.

“Tetapi pemenjaraan itu juga membuat kami lebih bersemangat, tekad dan lebih alasan untuk teruskan perjuangan,” katanya dalam sidang media selepas Himpunan Solidariti di Dewan Sivik pagi ini.

Turut serta ialah Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, Setiausaha Agung, Rafizi Ramli dan Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Menjawab soalan lain, Azizah menolak dakwaan perhimpunan #kitalawan yang dijadual petang ini di Kuala Lumpur menganggu permohonan petisyen pengampunan diraja yang dikemukakan sebelum ini.

“Tidak. Ini adalah kehendak rakyat untuk memberi sokongan kepada Anwar dan perhimpunan ini dibenarkan dalam perlembagaan,” katanya lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.