Categories
SELANGOR

Nik Nazmi direman 3 hari, MB desak bebaskan segera

SHAH ALAM 9 MAC: Exco Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad ditahan reman selama tiga hari susulan penganjuran demonstrasi pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim Sabtu lalu.

Nik Nazmi, yang juga Ketua AMK PKR, ditahan di balai Dang Wangi tengah hari semalam selepas hadir untuk memberikan keterangan polis.

B_j9-9pVEAAutFnPeguamnya, Eric Paulsen berkata akan memfailkan keputusan tahanan reman tiga hari itu membantah keputusan majistret.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menggesa Polis membebaskan Nik Nazmi segera dan tanpa syarat.

Beliau mengecam tindakan tangkapan itu kerana pihak berkuasa patut menghormati Adun Seri Setia itu dan Exco dengan tidak memalukan beliau sedemikian

Katanya, tindakan penangkapan itu tidak boleh diterima dan melanggar perlembagaan negara.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.