Categories
SELANGOR

MB: Perjanjian air tamat, tidak dilanjutkan

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 9 MAC: Perjanjian induk penstrukturan air Selangor antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat yang berakhir hari ini tidak akan dilanjutkan selepas penangguhan kali kedua.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Pusat ‘melanggar terma’ perjanjian ditandatangani September 2014 menyebabkan Kerajaan Negeri tidak mempunyai pilihan.

Azmin Air“Apabila saya menjadi Menteri Besar pada September tahun lalu, saya bersedia untuk meneruskan perjanjian, tetapi Kerajaan Persekutuan gagal memenuhinya bahkan meminta lanjutan tempoh.

“Apa pilihan yang kita ada? Saya mahu melihat syarat baru yang mereka ingin bincangkan dengan Kerajaan Negeri,” kata Mohamed Azmin di Lobi Parlimen.

Katanya, perkara sama turut berlaku pada Projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) yang dibatalkan.

“Begitu juga dengan projek Kidex, selepas kita batalkan, baru Menteri Pengangkutan datang untuk berbincang berkenaan pelan pengangkutan awam,” katanya.

Kerajaan Selangor sebelum ini memberikan lanjutan tempoh sebanyak dua kali bermula Januari lalu.

Pada 12 September 2014, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor memeterai Perjanjian Utama bagi memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air.

Dengan termeterainya perjanjian utama itu, Air Selangor Sdn Bhd (ASSB), sebuah entiti baharu akan mengambil alih operasi dan penyelenggaraan loji rawatan serta perkhidmatan pembekalan air yang sebelum ini dilakukan empat syarikat konsesi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.