Categories
SELANGOR

Pas bermusim kurang sambutan, mana penyokong tegar Red Giants?

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 6 MAC: Disebalik desakan hebat menuntut pas semusim dikeluarkan, kewujudannya kini seperti kurang sambutan daripada penyokong tegar Gergasi Merah.

Pengurus Pasukan Selangor, Amirudin Shari berkata pihaknya sentiasa berusaha memenuhi kehendak penyokong dan berharap ia disambut baik.

_MG_0885“Masih banyak lagi (pas semusim), tidak sampai separuh pun (terjual),” katanya merujuk kepada laporan awal penjualan pas bermusim yang diterimanya.

“Saya seru penyokong setia Gergasi Merah untuk dapatkan pas semusim ini,” katanya kepada Selangor Kini.

Sebelum ini, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menawarkan 1,200 tiket semusim bagi fasa pertama pada harga RM250 melibatkan 11 perlawanan Liga Super 2015 membabitkan pasukan Selangor sebagai tuan rumah di Stadium Shah Alam.

Bagaimanapun, penjualan pada 21 Februari lepas di Quadran B, Pintu masuk utama Stadium Shah Alam kurang mendapat sambutan dengan hanya sekitar 250 tiket terjual.

Kaunter jualan kemudiannya dialihkan ke Kompleks Sukan dan Kebudayaan Seksyen 7, Shah Alam selama dua minggu bermula 23 Februari dan akan berakhir 7 Mac (esok).

“Mungkin ramai yang belum yakin, tetapi FAS telah berusaha memenuhi tuntutan peminat Gergasi Merah,” katanya.

Antara keistimewaan pemegang tiket semusim ini adalah tempat letak kereta dan laluan masuk khas ke stadium pada hari perlawanan.

Selain cenderamata berupa t-shirt dan mafla, diskaun 20 peratus untuk semua pembelian barangan sukan berjenama Kappa juga diberikan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.