Categories
SELANGOR

Pemaju perlu mohon kebenaran merancang sebelum hujung tahun

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 23 MAC : Pemaju hartanah swasta yang sudah menerima kelulusan merancang bagi membina rumah mampu milik diberi tempoh sehingga hujung tahun ini untuk mendapatkan kebenaran merancang daripada Kerajaan Selangor.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata sekiranya pemaju gagal berbuat demikian, maka permohonan mereka untuk membina kediaman jenis berkenaan akan ditarik semula dan disenarai hitam.

RumahBagaimanapun katanya setakat ini belum ada pemaju yang disenarai hitam dan akan diberi tempoh masa untuk melaksanakan syarat yang ditetapkan.

“Setakat ini seramai 42 pemaju sudah menerima kelulusan merancang sejak 2009.

“Kita sudah bincang dengan pemaju dan ramai yang bersetuju hendak buat (rumah mampu milik) tetapi tangguh (atas sebab-sebab tertentu),” katanya selepas menghadiri Majlis Pelancaran dan Pendaftaran Rumah Selangorku di Bandar Rimbayu, Telok Panglima Garang, semalam.

Kerajaan Selangor mensasarkan pembinaan Rumah Selangorku sebanyak 15,000 unit dalam tempoh dua tahun.

Setakat ini, lebih 11,000 unit rumah mampu milik sudah dibina Kerajaan Negeri.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.