Categories
NASIONAL

Tian Chua bebas, magistret tolak permohonan reman

SHAH ALAM 21 MAC: Naib Presiden PKR Tian Chua dibebaskan daripada tahanan polis hari ini selepas majistret menolak permohonan reman polis ke atas pemimpin pembangkang itu.

Pemohanan polis untuk reman empat hari ditolak magistret pagi ini dan arahkan saya dibebaskan serta-merta,” tulis beliau yang juga Ahli Parlimen Batu menerusi akaunnya di laman sosial Twitter.

Tian Chua bebasBeliau dibebaskan jam 12.22 tengahari ini.

Tian Chua, ditangkap semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan dibawa ke lokap di balai polis Jinjang untuk direkodkan kenyataannya.

Beliau disiasat mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana penglibatannya dalam perhimpunan #KitaLawan di ibu kota pada 7 Mac lalu, yang diadakan bagi menuntut pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjara.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.