Categories
SELANGOR

32 pasukan sertai Liga Paya Jaras, FAS perlu intai bakat

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SUNGAI BULOH, 27 APR: Piala Liga Adun Paya Jaras kali kedua yang berakhir semalam mampu melahirkan bakat muda sukan bola sepak Selangor.

Hal ini berikutan pertandingan itu berjaya menarik penyertaan 32 pasukan dari seluruh Paya Jaras sekaligus menampilkan ramai pemain muda yang bakatnya boleh digilap.

fas_logoAdun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman berkata, pertandingan itu boleh dijadikan platform kepada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) untuk mengintai bakat muda.

“Saya percaya dalam 32 pasukan ini terdapat pemain berbakat yang menyinar jika tidak diberi perhatian merugikan kita.

“Kejohanan seperti ini boleh membolehka FAS mengesan bakat muda dari kampung-seluruh Paya Jaras ini,” kata Mohd Khairuddin kepada Selangor Kini di padang Kampung Paya Jaras Hilir di sini, semalam.

Ketika menyentuh Kejohanan Piala Liga Adun Paya Jaras yang dianjurkan Pejabat Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin berkata, kejohanan ini bakal dijadikan acara tahunan.

Jelas beliau lagi, kejohanan kali kedua itu menelan belanja sebanyak RM50,000.

Kejohanan Piala Liga Adun Paya Jaras bermula pada 1 Febuari lalu menutup tirainya semalam dengan perlawan akhir antara Nuha FC menentang pasukan Paya Jaras Hilir.

Nuha FC berjaya menumpaskan Paya Jaras Hilir menerusi penentuan sepakan penalti selepas permainan masa penuh berakhir dengan seri 0-0.

Sebagai juara Nuha FC menggondol hadiah wang tunai bernilai RM3,000, Piala Pusingan, sijil penyertaan dan pingat.

Naib juara, Paya Jaras Hilir pula membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM2,000.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.