Categories
SELANGOR

SUSJ johan sulong Bola Sepak Wanita Piala Cardiff City

Oleh: LIZAWATI MADFA

SUBANG JAYA, 27 APR: Pasukan SUSJ melakar sejarah tersendiri dengan mengungguli kejohanan sulung bola sepak wanita di Malaysia, Piala Cardiff City 2015.

Dianggotai beberapa bekas pemain kebangsaan, SUSJ garang menewaskan pasukan Phoenix RC, 1-0 dalam pertembungan di Stadium Mini, Kompleks Sukan 3K di sini petang semalam.

StefiGol tunggal perlawanan disumbat kapten SUSJ, Steffi Sarge Kaur pada awal perlawanan di minit ke-10.

“Ternyata kejayaan ini begitu manis buat kami yang hadapi cabaran awal kejohanan untuk mendapatkan pemain.

“Sepatutnya 16 orang tetapi kami 12 orang sahaja termasuk seorang simpanan,” katanya yang turut menerima anugerah Pemain Terbaik Perlawanan Akhir.

Selain itu, seorang lagi pemain SUSJ, Fatin Shahida Azmi menerima anugerah Pemain Paling Bernilai Sepanjang Kejohanan sementara pemain sayap Phoenix RC, Farahiya Muhammad Ridzuan dinobat Penjaring Terbanyak Kejohanan.

Hadiah disampaikan Pengarah Kelab Bolasepak Antarabangsa Cardiff City, Danni Rais.

SUSJ1

Disertai 12 pasukan, kejohanan edisi Lembah Klang ini dianjurkan Lantera Global Sdn Bhd dengan kerjasama Kelab Bolasepak Antarabangsa Cardiff City dan sokongan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Menurut jurucakap Lantera Global Sports Event, Iskandar Mukhtar, kejohanan seterusnya dijangka berlangsung pada Mei nanti diikuti Julai.

“Hasrat kami untuk mengetengahkan dan mencungkil bakat pemain bola sepak wanita secara kompetetif,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.