Categories
SELANGOR

Atlet sukan berhijab perlu digalakkan & dihormati

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 28 APR: Atlet sukan wanita berhijab adalah perjuangan hak asasi yang seharusnya dihormati dan diberi galakkan sepenuhnya berpakaian mengikut syariat.

Ketua Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim berkata, dalam Islam sendiri tidak melarang wanita bersukan tetapi harus bersesuaian seperti dalam tuntutan islam.

atlit hijab“Dicadangkan adalah lebih baik jika boleh diasingkan sukan wanita di tempat tertutup supaya penjagaan aurat wanita lebih terjamin.

“Kalau itu boleh dilaksanakan, tidak ada halangan bagi wanita muslimah untuk terus bersukan,” katanya sewaktu dihubungi Selangor Kini.

Asmah berkata, masalah bagi wanita berhijab ini timbul apabila sukan di peringkat antarabangsa melarang atlet wanita memakai hijab sewaktu perlawanan.

“Ia pernah berlaku sewaktu Kejohanan Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan apabila Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa (FIBA) tidak membenarkan sepasukan wanita Qatar bertanding kerana berhijab.

“Tindakan itu merupakan diskriminasi terhadap atlet wanita Islam sedunia,” katanya.

Wanita IKRAM menyeru semua pihak mempertahankan hak wanita berhijab membenarkan mereka memakai pakaian sukan menutup aurat.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.