Categories
NASIONAL

Azmin: “5 Adun lompat, itu cerita dongeng zaman purba”

Oleh: AFIX REDZUAN

KLANG, 18 APR: Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali enggan mengulas dakwaan spekulasi lima Adun PKR Selangor akan ‘melompat’ sekali gus menyatakan sokongan terhadap bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya, spekulasi itu umpama satu kisah dongeng zaman purba.

Azmin“Itu cerita dongeng zaman purba.

“Takkan saya nak mengiyakan cerita dongeng,” katanya apabila diminta menafikan spekulasi itu.

Sejak semalam bertebaran khabar angin bahawa lima Adun PKR akan ‘melompat’ dan menyatakan sokongan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk dilantik semula sebagai menteri besar.

Dengan sokongan PAS dan Umno ditambah beberapa Adun dari PKR itu, Khalid dikatakan bakal memperoleh majoriti mudah.

Kononnya Khalid mengadakan perjumpaan bersama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Jakarta untuk membincangkan hal itu.

Mohamed Azmin yang juga Dato’ Menteri Besar Selangor membidas tindakan 50 ahli PKR Cabang Batu Pahat yang menyertai Umno, semalam.

“Setiap kali PRK mesti timbul kes lompat parti. Jika kita jumlah semua (yang lompat parti), akhirnya yang tinggal di dalam PKR hanya Wan Azizah dan saya sahaja.

“Jadi tak usah bimbang. Mereka masuk Umno sudah lima kali setiap kali PRK. Ini satu propaganda dan media kena faham,” Katanya lagi.

Dilaporkan seramai 50 ahli PKR Cabang Batu Pahat termasuk Bendahari, Azhar Ahmed, dan Ketua Penerangan, Mohd Hafizi Jamhari, keluar daripada parti itu untuk menyertai Umno.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.