Categories
SELANGOR

Kajian pecah dua MPK efektif urus sampah

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 7 APRIL: Cadangan melaksanakan pembahagian Majlis Perbandaran Klang (MPK) kepada dua kawasan sedang dikaji Kerajaan Selangor bagi memastikan keberkesanannya.

Exco Kerajaan Tempatan, Ean Yong Hian Wah (DAP-Seri Kembangan) berkata cadangan itu diambil kira ekoran kawasan keluasan MPK yang besar menyebabkan pengurusan khususnya pembersihan sampah tidak memuaskan.

DNS-2015-smallEan berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Dr Xavier Jayakumar (PKR-Seri Andalas) yang mencadangkan MPK dibahagikan kepada dua kawasan iaitu Utara dan Selatan.

“Buat masa ini kita tiada pelan untuk pecahkan MPK kepada dua, namun kita boleh mengkaji cadangan itu,” katanya dalam Sidang Dewan Negeri.

Sementara itu, Ean memaklumkan bagi mengatasi masalah sampah di kawasan Klang, penyusunan semula kawasan pembersihan dan operasi bersepadu dan rondaan berkala giat dijalankan.

Katanya, 15 kontraktor juga diberhentikan baru-baru ini menampakkan tindakan tegas MPK terhadap kontraktor yang tidak menjalankan tugas dengan baik.

“Sampah dikutip di kawasan MPK membabitkan 600 hingga 650 tan sehari. Kita sudah tubuhkan jawatankuasa dan ketua jabatan untuk memantau masalah sampah.

“Kerajaan Negeri juga memutuskan semua kerja di jalan utama diserah kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), namun terdapat aspek yang perlu diperbaiki dan dipertingkatkan.

“Kerajaan Negeri juga meluluskan jabatan kuasa audit luar di setiap PBT bagi mempertingkatkan tahap kebersihan,’ katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.