Categories
SELANGOR

MB: MBI, Kumpulan Hartanah Selangor teliti pasir HORASS 3000

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 7 APR: Pasir di kawasan projek HORASS 3000 diteliti bagi memenuhi keperluan industri dan meningkatkan pendapatan negeri.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) dan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad kini membincangkan usaha sesuai berhubung perkara berkenaan.

“Memang ada usaha itu memandangkan permintaan pasir tinggi bagi memenuhi pertumbuhan industri dan pembangunan di Selangor.

curi pasir“Sumber pasir tempatan hanya dapat memenuhi 60 peratus sahaja sementara 40 pertaus lagi terpaksa diimport,” katanya di Dewan Negeri Selangor (DNS), pagi ini.

Terdahulu, beliau menjawab soalan berhubung import pasir di Selangor dan usaha memanfaatkan sumber itu di tapak projek HORASS 3000.

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin (PKR-Bukit Antarabangsa) berkata,import pasir dari luar Selangor perlu memenuhi syarat tertentu.

curi pasir 2“Pengimport pasir perlu bayar royalti dan permit eksport serta kelulusan bertulis dari negeri berkenaan sebelum dieksport.

“Bermula hujung tahun 2014, permohonan permit pemindahan bahan batuan pasir kepada pentadbiran tanah perlu dibuat melalui Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB),” katanya.

Sebelum ini, tuan tanah boleh memohon secara terus kepada pejabat daerah dan tidak perlu melalui KSSB.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.