Categories
SELANGOR

PAS: Tiada sebab tukar MB, takkan bekerjasama dengan Umno

SHAH ALAM 20 APR: PAS Selangor tidak sama sekali bekerjasama dengan Umno sekaligus tiada sebab untuk menukar Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.

Pesuruhjaya PAS, Datuk Iskandar Samad, berkata orang ramai digesa tidak mempercayai berita bahawa PAS dan UMNO bergabung untuk membentuk kerajaan di Selangor.

PAKATAN RAKYAT“Kemungkinan besar berita itu adalah bertujuan untuk menjatuhkan imej Presiden PAS menjelang Muktamar PAS bulan Jun ini,” kata Iskandar dalam kenyataan media.

Sebelum ini, menurut berita disebarkan di laman sosial, lima Adun PKR akan melompat untuk memastikan membentuk kerajaan baharu.

Katanya, kerjasama PAS dengan pentadbiran Mohamed Azmin adalah baik.

“Walau bagaimanapun saya percaya ahli dapat membezakan berita palsu dari berita tulin,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.