Categories
SELANGOR

Pembukaan pejabat hasil Subang Jaya mudahkan orang ramai

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 21 APR: Kemudahan dirasai penduduk setempat selepas Pembukaan Pejabat Cawangan Hasil Daerah Petaling di Kompleks 3C Subang Jaya sejak Oktober tahun lepas.

Penolong Jurutera Mohd Daud, 34, berkata, usaha Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) memberi ruang kaunter dihargai beliau.

PC Hannah Yeoh Pejabat Tanah di Kompleks 3C PJS (5)“Sebelum ini saya perlu ke Shah Alam yang agak jauh dari tempat tinggal untuk membayar cukai tanah.

“Masalah jalan sesak yang agak teruk amat menyukarkan kerana kaunter hanya beroperasi waktu hari bekerja dan hari minggu kaunter tutup,” katanya kepada Selangor Kini.

Sementara itu, Pembantu Perpustakaan, Mohd Shafie, 35, berkata beliau berterima kasih, keprihatinan kerajaan memberikan kemudahan kepada penduduk Subang Jaya.

“Disebabkan jalan yang sesak untuk ke Shah Alam, kadang kala saya sampai lewat ke ofis dan bos akan mara.

“Alhamdulillah selepas pejabat tanah buka kat sini sangat mudah saya nak buat pembayaran sebab saya bekerja di bangunan sama,” katanya.

Penolong Pegawai, Syarifah Zahidah Syed Abd Rahman, 27 berkata, MPSJ dan pejabat tanah perlu menwarwarkan lagi pembukaan pejabat di situ kerana keadaan masih lengang.

“Ramai lagi orang awam belum mengetahui ada pejabat tanah di kompleks ini, banner atau banting perlu di pasang di luar kawasan kompleks.

“Kelebihannya, di kompleks ni tempat letak kereta yang luas dan ianya secara percuma,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.