Categories
SELANGOR

Piala Cardiff City cungkil bakat bola sepak wanita

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 21 APR : Kejohanan Bola Sepak Wanita Piala Cardiff City 2015 menjadi platform buat wanita menonjolkan bakat kesukanan yang dimiliki untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

Dianjurkan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), kejohanan dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Kelab Bola Sepak Cardiff City itu menampilkan 12 pasukan dari kalangan profesional dan amatur.

11034187_650584578396886_1808292029091952863_nPenolong Pegawai Perhubungan Awam MBPJ, Iskandar Mukhtar, berkata usaha itu dilihat positif untuk menggalak dan memberi peluang kepada wanita mempamerkan kebolehan serta kemahiran dalam sukan ini melalui pertandingan diadakan.

“Kejohanan ini adalah landasan tepat untuk membangunkan sukan bola sepak wanita di negara ini kerana bakat pemain muda boleh dicungkil dan diasah pada peringkat akar umbi.

“Selama ini wanita tiada platform untuk main bola dan selalunya mereka dikaitkan dengan futsal, jadi sekarang kita beri ruang untuk mereka tonjol kemahiran yang ada,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau berkata MBPJ ingin mencipta fenomena baru dalam sukan bola sepak wanita setelah kali terakhir pertandingan seperti itu diadakan pada 2001.

Katanya edisi pertama kejohanan itu bermula pada 11 April lalu pada setiap hujung minggu, manakala kemuncak perlawanan berlangsung pada 26 April ini.

“Sambutan diterima menggalakkan kerana pada mulanya kita hanya buka lapan penyertaan tetapi kemudiannya ditambah kepada 12 pasukan.

bola“Kita ada terima permohonan lain tetapi kita terpaksa tapis sebab masa suntuk,” katanya lagi.

Iskandar berkata pasukan yang memenangi kejohanan itu akan diberi hadiah wang tunai berjumlah RM6,000 beserta piala pusingan, manakala pemain terbaik dan penjaring terbanyak menerima ganjaran RM500 bersama trofi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.