Categories
NASIONAL

PKR: Benarkan Anwar mengundi 7 Mei

Oleh: NORHAYATI UMOR

BUKIT MERTAJAM, 26 APR: PKR hari ini mahu supaya Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenarkan mengundi pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 7 Mei ini.

Naib Presiden Nurul Izzah Anwar berkata, bapanya perlu diberi kebenaran itu memandangkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi sebelum ini mengatakan mencari mekanisme bagi membenarkan banduan mengundi.

11121021_842636245807492_2766705444838905992_nBeliau berkata pada Julai 2013 Zahid pernah mengumumkan kementeriannya mencari jalan bagi membolehkan banduan mengundi pada pilihan raya akan datang.

“Saya menyambut baik saranan menteri dalam negeri dan mencadangkan agar pilihan raya kecil Permatang Pauh ini menjadi projek rintis dengan membenarkan Anwar dibenarkan keluar mengundi pada 7 Mei ini.

“Bukankah tempoh setahun lebih diperuntukkan mencari mekanisme perundangan selari antara akta penjara dan Perlembagaan sudah mencukupi,” katanya dalam sidang media di Pusat Media PKR Permatang Pauh.

Zahid dilapor berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengadakan perbincangan berterusan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan banduan menunaikan hak mereka sebagai pengundi.

Akta Penjara 1965 memperuntukkan kuasa untuk membenarkan mana-mana penghuni penjara untuk hadir ke majlis, pengebumian tertakluk di bawah kuasa pengarah penjara dan kementerian dalam negeri.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.