Categories
NASIONAL

PKR: SPR patut respon status Anwar boleh mengundi

Oleh: NORHAYATI UMOR

KUBANG SEMANG, 29 APR: PKR mahu Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) memberi respon segera dalam status kelayakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengundi di Permatang Pauh.

Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Saifuddin Nasution berkata maklum balas itu perlu dibuat mengikut ketetapan undang-undang selaras dengan kenyataan yang dibuat oleh Peguam, N Surendran, semalam.

11164794_895420330500670_7579443103818094727_n“Semalam, Peguam Surendran memaklumkan kenyataan 119 (a) disalah guna Pengerusi PKR.

“Ia terpakai rakyat Malaysia yang belum daftar pemilih,” katanya dalam sidang media di Yayasan Aman, di sini.

Saifuddin berkata ia berbeza dengan Anwar kerana beliau merupakan pemilih berdaftar secara sah.

Saifuddin juga mengingatkan SPR mengenai kes PRK Likas dibatalkan atas alasan daftar pemilih meragukan.

“Oleh itu, PRK itu diadakan semula. Seterusnya mahkamah meminta SPR mengemas kini maklumat daftar pemilih,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, perkara itu membolehkan ia diguna pakai dalam PRK Permatang Pauh kali ini.

“SPR tidak patuh tetapi meminda. Ia boleh dicabar dan boleh diguna pakai dalam PRK Permatang Pauh kali ini,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.