Categories
SELANGOR

Sisa pepejal meningkat, masyarakat perlu ambil peranan

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 23 APR: Masyarakat disaran menjaga kebersihan dan mengekalkan alam sekitar kerana jumlah pembuangan sisa pepejal semakin meningkat.

Pegawai Daerah Kuala Langat, Rosli Othman berkata, kadar sisa pepejal semakin meningkat ekoran cara pembuangannya tidak dikawal selaian tapak pelupusan yang semakin berkurang.

“Di Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), 100 tan sisa pepejal dipungut sehari dan jumlah itu kian meningkat.

MDKL SAMPAH“Walaupun terdapat teknologi canggih pelupusan sisa pepejal, namun usaha ini masih tidak mencukupi,” katanya dalam kenyataan media.

Rosli berkata, pihak swasta turut memain peranan dalam memastikan matlamat pengurangan sisa pepejal dapat diatasi.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Genting Sanyen Sdn Bhd kerana menyumbang set tong kitar semula sebagai projek tanggungjawab sosial korporat (CSR).

“Kerjasama ini perlu diteruskan dari semasa ke semasa bagi menjamin sebuah kehidupan yang sihat,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.