Categories
NASIONAL

SPR patut siasat risalah fitnah menyalahi undang-undang

Oleh: NORHAYATI UMOR

KUBANG SEMANG, 29 APR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diminta menyiasat risalah berbaur fitnah diedarkan di kawasan Permatang Pauh.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong siasatan itu perlu dijalankan berikutan beberapa keping risalah digulung dan diletakan di Pusat Operasinya di Taman Ciku, di Bukit Mertajam, awal pagi, semalam.

spr“SPR digesa menyiasat risalah itu kerana ia tiada sumber tetapi jelas ia adalah bertujuan menjatuhkan imej Pakatan Rakyat,” katanya kepada pemberita.

Chee Keong berkata risalah tidak mempunyai sumber pencetak bertentangan mengikut Seksyen 11(1)(c) Akta Pilihan Raya 1954.

“Diharap rakyat Permatang Pauh menolak kalau melihat risalah seperti ini, kerana ia risalah berbaur fitnah,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.