Categories
SELANGOR

TNB tamat perkhidmatan bayaran bil SYABAS mulai 1 Jun

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 29 APR: Tiada lagi kemudahan pembayaran bil air Syabas di kaunter pembayaran Tenaga Nasional Berhad (TNB) termasuk semua ejen lantikannya, bermula 1 Jun ini.

Pengarah Eksekutif, Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas, Priscilla Alfred berkata, keputusan itu diraih hasil rundingan bersama antara SYABAS dan TNB.

“Sehubungan itu, pembayaran bil elektrik TNB juga tidak lagi diterima semua Pusat Perkhidmatan Kaunter Setempat Syabas (OSCS).

Miter_air_Syabas“Bagaimanapun, saluran pembayaran bil air sedia ada lain kekal memberikan perkhidmatan kepada pengguna Syabas,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Urusan pembayaran bil air sama ada secara tunai atau melalui cek boleh dilakukan di semua OSCS dan agensi kutipan rasmi seperti bank, mesin ATM dan perbankaniInternet.

Justeru, pengguna yang memilih untuk melakukan pembayaran bil air di OSCS, waktu operasinya adalah dari jam 9 pagi hingga jam 4.30 petang (Isnin hingga Jumaat).

Untuk itu, pengguna dinasihatkan membuat pembayaran bil air mengikut tempoh waktu ditetapkan bagi mengelakkan berlakunya kesulitan.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.