Categories
SELANGOR

Usul perbahasan, DNS amal dasar terbuka

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 9 APR: Dewan Negeri Selangor (DNS) mengamalkan dasar terbuka dalam perbahasan ke arah memperkasakan sistem demokrasi berperlembagaan di negara ini.

Speaker DNS, Hannah Yeoh berkata, topik perbahasan berhubung usul dikemukakan tanpa mengambil kira daripada Adun kerajaan atau pembangkang akan diluluskan dewan jika ia wajar dan berasas.

Katanya, dewan meluluskan lebih banyak usul dikemukakan Adun pembangkang kali ini dan ia adalah pendirian terbuka DNS.

dns“Dua daripada tiga usul akan dibahaskan dewan hari ini datangnya dari Adun Barisan Nasional (BN).

“Kalau usul itu berpatutan dan perlu dibahaskan, saya akan benarkan. Kali ini, usul dikemukakan Adun pembangkang lebih banyak daripada Adun kerajaan.

“Kita mengalu-alukan perbincangan terbuka dalam perbahasan ini,” katanya dalam sidang media di lobi DNS, di sini, hari ini.

Hannah berkata, usul pertama dikemukakan Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) yang menggesa Kerajaan Negeri memberikan kerjasama penuh kepada Kerajaan Persekutuan bagi meneruskan pembinaan Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex).

PC Hannah Yeoh (ASRI) (8)Katanya, usul kedua difailkan Mat Nadzari Ahmad Dahlan (BN-Batang Kali) yang berharap Kerajaan Negeri meneruskan perbincangan penstrukturan semula industri air bersama Kerajaan Persekutuan.

“Ia jadi menarik untuk melihat bagaimana dewan membahaskan ususl (Kidex) ini sama ada diluluskan atau tidak.

“Usul kedua juga saya benarkan kerana isu air mesti dibahaskan dan kita lihat apa yang akan dibahaskan dewan nanti,” katanya.

Hannah berkata, usul terakhir datangnya dari Dr A Xavier Jayakumar (PKR-Sri Andalas) yang mengutuk pendakwaan bermotif politik terhadap Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.