Categories
NASIONAL

Nurul Izzah: Calon BN lemah, harapkan orang lain jawab soalan

Oleh: NAZLI IBRAHIM

BUKIT MERTAJAM, 3 MEI: Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh, Suhaimi Shabudin disifatkan pemimpin lemah apabila terpaksa mengharapkan Kerajaan Persekutuan menjawab bagi pihak beliau terhadap persoalan dibangkitkan wartawan.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, lebih memburukan keadaan sekiranya Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan menjawab bagi pihak beliau.

Nurul Izzah“Dia tak sepatutnya menjawab. Susahlah kalau dia harapkan Datuk Ahmad Maslan jawabkan untuk dia,” kata Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Beliau berkata demikian ketika dalam sidang media yang diadakan Wat Siam Kampung Tanah Liat di sini, hari ini.

Sebelum ini Ahmad Mazlan kerap tampil menjawab pelbagai persoalan dibangkitkan rakyat bagi kerajaan Barisan Nasional.

Bagaimanapun jawapan beliau itu kerap dilihat tidak masuk akal sekaligus mencipta lebih banyak kerosakan imej Kerajaan Persekutuan.

Sementara itu sebuah media melaporkan terdapat pihak dalam Umno sendiri yang meminta Ahmad Maslan menutup mulutnya ketika bertemu media.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.