Categories
NASIONAL

PRK Permatang Pauh: Pengundian awal berjalan lancar

Oleh: HAFIZAN TAIB

PERMATANG PAUH, 3 MEI: Pengundian awal bagi pilihanraya kecil Permatang Pauh bermula jam 8 pagi ini membabitkan 627 pengundi berjalan lancar.

Ia berlangsung di dua pusat mengundi iaitu Dewan Gemilang, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan dan Balai Polis Kubang Semang, dekat sini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abd Rahim Hanafi, berkata pihaknya mengarahkan semua pengundi terdiri daripada pegawai dan anggota polis supaya datang awal menunaikan tanggungjawab.

Pengundian awal“Ini kerana mereka ada tugasan lain.

“Undian awal dijalankan di dua saluran iaitu Dewan Gemilang ini membabitkan 597 pengundi dan Balai Polis Kubang Semang seramai 30 pengundi,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Abd Rahim berkata, setakat ini 65 laporan diterima sejak hari penamaan calon termasuk laporan pegawai polis bertugas mengawasi ceramah dan sebagainya.

“Dalam tempoh berkempen ini parti bertanding memberikan kerjasama baik. Tiada sebarang insiden tidak diingini.

“Saya berharap kekalkan semangat berkempen sedemikian rupa sehingga 7 Mei ini,” katanya.

Beliau menasihati semua 71,800 pengundi keluar mengundi awal pada hari mengundi Khamis ini dan memberi jaminan anggota polis mencukupi bagi mengawasi keselamatan di sepanjang tempoh pilihanraya kecil ini.

Pilihanraya kecil Permatang Pauh kali ini menyaksikan calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerima saingan tiga penjuru daripada Suhaimi Sabudin (Barisan Nasional), Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia) dan Salleh Isahak (Bebas).

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.