Categories
NASIONAL

Azmin: Tiada guna BN calonkan pemuda 44 tahun tetapi tiada pendirian

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PERMATANG PAUH, 4 MEI: Langkah Barisan Nasional (BN) meletakkan calon muda berusia 44 tahun bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh tidak bermakna kerana calon muda itu tidak berani menjawab sebarang persoalan dilontarkan.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, sebaliknya calon BN itu, Suhaimi Shabudin hanya berdiam diri dan tidak berani menyatakan pendiriannya dalam beberapa isu seperti GST dan kontrak Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

_MG_0030“Buat apa umur 44 tahun tetapi penakut, tidak ada pendirian. Lebih baik yang umur 90 tahun tu. 90 Tahun tu lebih berani daripada 44 tahun.

“Saya cabar Suhaimi, kalau dia berani turun Permatang Pauh umum dia tolak GST. Berani atau tidak? Haram tak berani,” kata Mohamed Azmin dalam ceramahnya di pekarangan Pusat Khidmat Rakyat Dun Permatang Pasir di sini.

Individu berumur 90 tahun yang disebut Mohamed Azmin itu dipercayai merujuk kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebelum ini, Suhaimi enggan memberi sebarang komen mengenai isu dibangkitkan wartawan kepada beliau.

Beliau juga membisu apabila Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendesak Suhaimi menjawab sama ada syarikat kontraktor beliau boleh ‘cari makan’ di Pulau Pinang.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.